Salam.
Terasa rajin la pulak jari jemari nan halus dan runcing ni menari2 depan laptop kepunyaan en. suami..hehehehe..bleh la conquer laptop dier sebab aku keseorangan skarang ni. En. suami sedang dalam perjalanan ke Negeri Jelapang Padi..Aku akan follow en suami malam selasa ni sebab aku bleh cuti 3 hari jerk (rabu, khamis & jumaat) dan tersangat jeles sebab en. suami bleh dapat cuti lama..warghhh...nak buat camner kan pekerja dedikasi la katakan...:p
Duk sorang2 ni rasa rindula plak kat en. suami walaupun dier baru jerk keluar tak sampai pun 4 jam...hehehehe macam tak biaser plak kene tinggal kan...kene biasakan la jugak diri ni sebab risiko kawen dengan tentera macam ni la...kene kawen skali dengan pekerjaan dier...should be more understand the nature of work demi keamanan negara.
Ok jom aku terangkan lebih lanjut lagi tujuan kami balik ke negeri jelapang padi ni...
Firstly, sebab nak jumpa tukang urut yg pandai dalam bab-bab nak dapatkan anak ni...kene pergi dalam 3 kali berturut2...so kami dah plan nak pegi ari rabu, khamis dan jumaat sebab petang sabtu tu kami dah nak bertolak semula ke Kuala Lumpur. Kami cuma berusaha dan serahkan semuanye kepada Allah...kami dah pergi jumpa doktor dan doktor kata aku takder masalah berkaitan cycst ataupun fibroid...kali nak cuba berubat cara kampung pulak...doa2kan la untuk kami yer...jeles sangat biler tengok facebok kawan2 dah pun berbadan dua...sampaikan aku rasa nak tutup je akaun facebook aku tu sebab tak sanggup nak tengok perkembangan kawan-kawan bukan aku nak mengeluh tapi yerla aku hanya insan kerdil tak lari dari sifat2 yang keji...Ya Allah ampunkan aku...terasa berat dugaan yang datang tapi aku kene kuat dan lebih tabah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan